Monday, March 28, 2011

Buffet Restoran Nelayan

Bila dah berkumpul ramai2, makan2 besar kat luar is a must for my family.Dah macam family tradition.Yelah nak tunggu raya baru nak berkumpul semua macam dah tak tau bila,bila mana 2 orang "budak" dah kahwin.;p

2 orang "budak" yang ketiadaan husband at the moment.;p


This is the 88th times kot pergi Restoran Nelayan.Bosan dah sebenarnya sebab macam dah boleh agak camne menunya tapi memandangkan my dad nak belanja& pergi situ, ikutkan sajelah.

Yang tak bestnya haritu, actually dah book table tapi ada makhluk tak reti or buat2 tak faham, duduk je meja kami.Dah la penuhhhh giler Restoran Nelayan haritu susah nak parking sebab ada wedding.Honestly I think tak sesuai la orang nak buat wedding situ unless if they book the whole restaurant.Sebab selalunya pentas kat tengah restoran tu ada persembahan ke apa.Ni nak kena tengok pengantin pulak & dengar kompang ke apa tak sesuai ler.Macam ganggu pelanggan lain.Semua orang pon bayar kan.Nak buat camne.That's how Restoran Nelayan did to maximize their profit la kot.

We had to wait quite lama jugak untuk staff setting table yang lain for us.Hurm.Replenish food pon lambat.:(

My suggestion is kalau nak pergi, janganlah pergi time weekend.Pls, avoid if you can.Yeah, the thing is selalunya weekend jela family dapat kumpul semua kan..

Sunday, March 20, 2011

Kejora & Bintang

Semalam baru berpeluang menonton Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) with my brother & sisters @Wangsa Walk Mall.What I can say is cerita tu memang best!!~~Even of course la tak setanding cerita 300.But untuk cerita Malaysia yang bernilai RM8 juta, HMM bolehlah dikatakan hebat!!

Orang kat newspaper komen pelakon2 yang berperang keding & ada yang buncit.Hehe.My big bro kata untuk cerita 300 dia train semua pelakon termasuk pelakon tambahan untuk tough supaya nampak lebih real.Ok, enough said.

Setiap Isnin pukul 6.30pm - 7.30pm sibuk pulak tengok sinetron Kejora & Bintang.Actually takdelah beriya nak tengok but memandangkan emak dah bukak cerita tu hari2, layan jelah..;p



I love the theme song!~~Rindu Setengah Mati by D'masiv.:D

Tuesday, March 15, 2011

About Food

Senarai-makanan-wajib-makan/things to do@Malaysia.

1. Char Kuay Teow Mali's - Checked!


2. Tutti Frutti@ Wangsa Walk - Checked!


3. Baked Oreo Cheese Cake for my family - Checked!
Alhamdulillah..Everyone liked it sampai tak cukuppp!!Philadelphia cheese is quite expensive la kat Msia.Nak buat banyak kena fikir banyak kali.:(

Wednesday, March 9, 2011

Sutramaya

I've been searching for lipstick "samar oren" for a longgg time tapi tak jumpa yang betul2 berkenan.Dulu pernah beli kat Cosway then hilang.Nak beli lain dah tak jual plak.Isk.That's why I'm only using Nivea lip balm.;p Ok, I hate pink so tak sukalah bibir nak pink2 memang tak minat.So I think "samar oren" is going to be my all time favourite lipstick colour.:)

BTW, warna yang saya maksudkan almost similar/similar to gambar header blog Arni or gambar Dato' Siti di bawah:

Credit to Forum Cari.

The best thing is Dato' Siti dah share lipstick jenis apakah yang dia pakai dalam rancangan Nona.It makes my searching becomes easier.:D



What I love most about this lipstick is "Tepeklah banyak/setebal mana pon nak tepek, it will look natural on your lips!~~"


And..oh, it's Sutramaya by Simplysiti.:D



Lipstick Simplysiti ada cop halal JAKIM ok.Ko hado?<---ok, ni ayat ANNOY me the MOST if terjumpa dalam blog orang cos the thing is "Ada aku kesah if ko hado pon?" Ok merapu.

Simplysiti products are quite pricey but still affordable.(For me laa..;p) I straightly bought the lipstick when I saw it had 25% discount at Watsons.So dapatlah around RM22 a.k.a AUD7.(Ceh, nak convert jugak!;p)

Promoter SimplySiti yang saya jumpa bertudung & memang friendly.At first wajiblah bagi ayat2 manis puji kita kan.;p She even offered me a FREE make up but I said a BIG NO NO cos sekali make up buruk mampos menangis nak balik!;p Anyone who wants to try bolehlah datang Watsons Jusco Wangsa Maju but I think weekdays je kot dia ada masa nak layan orang camtu.If weekend confirm ramai orang tak larat nak layan oi!

Tuesday, March 8, 2011

Cerita Malaysia

Fuh~~dah berhabuk blog ni since balik Malaysia.Sorryla yeah..life is not so interesting sangat pon untuk cerita since I've been busy dengan online business especially Malaysia Corelle Store.Online pon check emails & FB.Chatting dengan Encik Husband pon kurangg..;p Alhamdulillah 40 sets (and still counting.:)) CORELLE & Noritake dah terjual.Busy ke sana sini jumpa customer, pos barang & ada masa jumpa kawan2.That's it.:) This week macam dah relax.Yeay!

Now I own a "company".Ceh.;p


Banyak lagi "Things To Do in Malaysia" yang masih pending.Bab2 makan pon still banyak yang pending.Actually bab2 makan konon nak tunggu Encik Husband balik Malaysia nak ajak sekali.;p Baru makan Subway,merasa KFC Krush Bar & Ice Room (Thanks Wani!!~).Char Kuey Teow Mali's, The Apartment, Fullhouse, Delicious etc belom!.

Cakap pasal makan,last weekend ajak my sis Fatin pergi Great Eastern Mall semata2 nak mencari Macarons & Red Velvet!Lildaisy Cuppycakes buat charity booth kat sana.