Ok, baby dah genap sebulan baru nak publish.This is for you to remember..my dear child Fedora Erayna.
29 Mei 2012 (Selasa)
39 weeks 1 day.Pergi
uni macam biasa sebab ada discussion+class. Drive manual lagi sorang2 dari
rumah ke uni sebab badan sihat rasa macam biasa except perut yang besar &
makin dekat dengan stereng.Huhu.*Bahaya ni jangan ikut!* So nak jauhkan perut dengan stereng tu kena
letak bantal bawah punggung baru nampak depan nak drive & kaki dapat tekan clutch.Hehe.Nasib badanla tak berapa
nak tinggi. Balik uni pergi melawat baby Aus Thaqeef sebab dah lama plan nak
melawat tapi asyik delay je sebab busy.Takut terberanak tak sempat pulak
melawat, tekad nak pergi jugak.Alhamdulillah sempat melawat sebelum terberanak
sebab expect memang paling cepat 4 jun kot beranak.
30 Mei 2012 (Rabu)
39 weeks 2 day.Pagi dah siap2 nak pergi uni setelkan 2 more
assignments (konon tak nak apply extension, cukuplah exam je nak defer.;p).Dah
start rasa macam period pain tapi biasa2 je. Niat nak pegi uni terbantut sebab
husband ajak pergi makan luar sedap2 sebelum terberanak katanya(eh, macam tau2 plak esok tu memang
terberanak). So tengahari pergi makan kat luar puas2 dengan banyaknya sampai
baby gerak banyak sangat sampai rasa nak senyum je sorang2.Tak sangka tu last
menghayati detik2 manis Fedora menari2 dalam perut.(Ya Allah, sumpah rindu gerak2
tu once dia dah keluar ..rasa perut erk!!!) On the way nak balik rumah, mintak
husband singgah beli susu Pura sebab perut ni kalau minum susu Pura memang
akan buang ‘air ‘dengan jayanya memandangkan perut ni dah sarat pregnant, nak
buang ‘air’ masalah sikit.;p Syukur dah minum susu Pura sebab esoknya memang
terberanak takdela terberak!(Again, macam tau2 pulak esok memang nak
terberanak). Bila malam nak tidur tiba2 sakit perut pulak..And dah start rasa
memang sakit perut nak terberanak ni.Dalam hati, “Ha, sahlah ni yg org panggil
contraction..” sebab sakitnya ada sela masa.Kejap sakit,kejap hilang. Sakitnya
ya allah, orang dah beranak jela yg tau.Tak boleh nak berdiri tegak dah, baring
serba tak kena. Even dah rasa sangat yg tu contraction, malas nak bagitau MIL
sebab takut tiba2 false labour so menahan jela sakit sampai tak tahan cakap
dengan husband,”Esok kalau sakit tak hilang nak pergi hospital tau, tak tahan
dah ni..” At the same time try jugak curi2 tidur sebab takut esok memang nak
beranak takde energy. Bila contraction, husband try urut2 belakang ngan perut
bagi kurang sakit. Allahuakbar je yg boleh nak sebut.Sometimes bila dah tak
tahan, keluar jugaklah bunyi2 yg tak sepatutnya tapi husband bising “eh org
islam mana ada bunyi macam2…mengucap banyak2.”erk. Setiapkali contraction tengkuk rasa panas
sangat. Adelaide yg sejuk dah tak rasa sejuk langsung dah.Tidur selimut tolak
tepi.
31 Mei 2012 (Khamis) The Day!
Menahan sakit 1 malam
sampai Subuh nak habis pon tak sedar. Husband pulak mengantuk layan wife yg
sakit. MIL ketuk pintu bilik kejut bangun. Solat duduk jela sebab berdiri pon
tak betul+tak larat.Lepas tu mandi siap2 nak pergi hospital. Sempat call mak
kat Malaysia suruh doakan sebab dah sakit rasa nak beranak. Told husband,”Doa2
la beranak harini jugak, dah tak tahan dah ni..Mampos la kalau nak tahan sakit
lagi 1 hari pulak..” Hospital dekat je tapi rasa jauh pulak sebab dah
sakit+memang jam sikit cos time org nak pergi kerja . Sampai je hospital, kena buat VE
(Vaginal Examination) untuk check berapa bukaan serviks,Kalau kurang 3cm,
doctor suruh balik sebab maybe lambat lagi nak beranak. I was like ,”Erk, ya allah
janganlah baru bukak 3cm, terukla 1 malam punya sakit baru 3cm pastu kena balik
rumah pulak ke tahan sakit?!” Check punya check doctor kata dah dilate 6-7cm.Ya
Allah leganya dengar sebab tak sabar dah nak beranak.Orang kata VE tu sakit but
for me tak sakit pon sebab yang penting jangan ‘menahan’/keraskan otot masa
doktor nak seluk, rilekskan je kaki+ badan.Rilekskan bukaan 'tututut'
jugak.(Orang dah kawen rasanya patut tau how to relax it.Kihkihkih;p) One more thing, alhamdulillah
Allah dah makbulkan doaku setiapkali lepas solat,”Mintak2la sepanjang proses
bersalin ni (dari seluk, jahit sampai dah beranak) semua staff perempuan yg
buat” Teehee, Tak sanggup la nak mengangkang kat depan laki lain pastu laki
sendiri ada kat sebelah pulak.:( Yup, kat hospital memang boleh request staff perempuan yg buat but if
emergency case takde staff perempuan, terpaksa la staff laki yg buat, tu yg
pihak hospital pon dah bagitau.Ok sambung..Lepas kena seluk, kena tunggula
sampai bukak 10cm baru boleh push& at the same time kena tunggu labour
room kosong sebab hospital penuh.Takde rezeki jugak nak waterbirth sebab penuh
jugak.Redha jela..Alhamdulillah tak lama lepas tu labour room ada kosong
(otherwise kena beranak kat assessment room yang kurang selesa) so midwife pon
tolak dengan wheelchair ke labour room.Nervous memang takde.All I know is nak cepat2 keluarkan baby sebab tak tahan.
Nak tunggu bukak ke 10cm pon agak ambat jugak.Midwife suruh buat
decision nak pecahkan air ketuban ke tak sebab nak cepatkan proses
bersalin.Mula2 konpius jugak nak decide (apsal ntah) &memikirkan tak larat
la tahan contraction so suruh pecahkan jela.Lepas pecah, still tak rasa nak
beranak.Contraction pulak tiba2 rasa macam makin jauh gap dia sampai rasa
mengantuk sangat!(malamnye kan tak cukup tidur menahan sakit).Husband and MIL
sampai tertidur ok tunggu nak push tu (dalam hati time tu macam,”Hey,
tergamaknya tidur pulak time org sakit!”Kui3) sebab memang kejap2 je rasa nak
push.push sikit pastu mengantuk giler.LOL.lepas lama jugak tunggu, midwife
check semula baby& seluk untuk rasa kepala.midwife suruh ubah posisi nak
deliver memandangkan baring terlentang tak rasa sangat pon nak push.at the same
time rasanya kepala baby senget sket camtula so kena mengiring.midwife Tanya nak
mengiring ke kiri ke kanan so ku pilih kanan la afdal (konon).once mengiring ke
kanan sambil pegang tangan husband & katil, kaki sebelah kiri kena angkat
tinggi (can u imagine that?) memang rasa nak push sangat3 bila contraction datang.alhamdulillah
rasa kejap je nak push tu.once midwife kata kepala baby dah nak keluar, tula
peak paling sakit beranak kot!rasa macam ambil api cucuh kat situ (erk) so
memang push habis2an sebab nak cepat2 habis sakit tu,push je tak tunggu dah
contraction.huhu.
and Allahhuakbar!at 2.16pm lahirlah Fedora Erayna Bt Ahmad
Aliff.I cried!Fedora keluar2 je nangis kuatnya oi & bukak mata tengok mak
dia.:’)Once keluar midwife terus letak dia yg berdarah2 tu atas riba.The
feeling is indescribable.Tak terhingga rasa syukur pada Allah atas baby yang
sempurna sifatnya & menjadikanku seorang ibu.Listen world, I’m a mother!
Ok, I hate part dijahit!Ok,orang kata jahit beranak tak
sakit but I don’t know why rasa sakitnya sampai meleleh2 air mata. Padahal masa contraction & push menahan
sakit takde pon sampai meleleh2 airmata. Rasa nak sepak je muka doktor yg
menjahit tu.Teehee. Husband cakap “tahan
sikit..”.Sumpah terasa jarum&benang tu bergerak2 even kena bius.Erk.After
kena jahit, midwife macam suruh cepat2 if nak mandi etc sebab ada orang nak
masuk labour room so kami kena transfer ke post natal ward. Busynya oi hospital
kat city ni..Husband temankan nak mandi sebab tak larat la kot nak mandi
sendiri.Dalam bilik air tiba2 pitam & rebah ke lantai but nasib baik
husband sempat tahan/sambut kalau tak
mampos kot jahitan terbukak!.Ok, first time rasa camne tu pitam.Memang tak
perasan pon nak terjatuh, tau2 je dah terduduk kat lantai bilik air dengan mata yang
macam ngantuk sangat.After mandi, kami pon bersiap2 & pindah ke post natal
ward.mummy & Fedora 2 malam menghabiskan masa berdua kat wad sebab hospital
tak bagi husband or siapa2 temankan.Allahuakbar!untuk 1st time mummy
like me memang sangat mencabar ,menguji keimanan, kesabaran & rasa nak
nangis sebab Fedora asyik nangis je mummy taktau nak buat apa sangat+ badan tak
larat sebab baru deliver+susah nak gerak sebab dipasangkan tiub untuk kencing+ heavy
bleeding lagi so macam kerap nak ke toilet. Alhamdulillah ada midwife baik hati
ambilkan Fedora kejap untuk mummy tidur.Dapatlah tidur dalam 4 jam
camtu.Walaupun mummy buruk sangka rasa cam “Betul ke midwife ni nak jaga Fedora
yang menangis sakan tu ke cubit2 Fedora or bagi ubat tidur sampai senyap dah
budak tu..”Huhu.Sampai camtu sekali risau tapi nak taknak bagi jugakla sebab
memang dah tak larat sangat3 nak jenguk Fedora kat sebelah katil. Now I know how a mother feels. Sayangnya anak sampai risau bukan2..Ok, I think
that’s enough.That’s my birth story.Sorry ayat berterabur.I know I’m not a good
writer but I really want to write this story for me to remember and for Fedora
to know one fine day.Thank you Allah.