Sunday, December 21, 2014

A day at Kampung Tok Senik Resort

Teman husband kerja di Perlis last week so sambil2 berjalan kami buat last minute plan ke Langkawi since dah dekat sangat Kuala Perlis - Langkawi, around 45 minutes. Husband asked his staff untuk hantarkan kami ke feri so kami save $$$ parking di situ. Tambang feri RM18 per adult. Fedora still under 3yrs so still free lagi naik feri.:) Letak dia dalam stroller je, nasib baik dia behave 45 minutes diam2 dalam stroller. Nak bagi dia berjalan2 pon feri penuh ramai orang sebab cuti sekolah.

For the 1st night we stayed at Kampong Tok Senik Resort, rate RM150 per night. Recommended by husband's friend sekali dengan pakej kereta sewa MyVi RM100 per day. Surely hari biasa lebih murah. Biarpon macam2 cerita kononnya resort ni berhantu (err..) & pelik, alhamdulillah kami takde apa2 masalah sepanjang berada kat resort ni.

Kami dapat Rumah Arif. (Siapa ntah yang sangkut tuala pulak kat situ, pffttt.) Resort style chalet, ada 3 bilik berasingan. Bilik sebelah kami ramai pulak penghuninya siap ada budak kecik menangis & dengar suara ayahnya marah2. Hee. Nasib baik Fedora behave je tak buat hal pulak.


Siapa yang cintakan kedamaian suasana kampung & nak privacy sesuai la menginap kat resort ni. Bilik memang besar siap ada 2 extra tilam.


Katil pon luas lagi2 ada anak kecik tak perlu berhimpit.Hiks.


Bukak tingkap je nampak sawah padi!! Alhamdulillah bilik memang takde nyamuk langsung. Apapon ubat nyamuk dah disediakan oleh pihak resort tapi kami tak pasang pon.


Aircond mantap, ada hair dryer, iron, fridge & siap Astro sekali.


Suis jenis ni memang mengimbau kenangan rumah nenek yang lama dulu.:')



Pagi breakfast di Warong Tok Mat. Kami breakfast awal dalam pukul 8 pagi tapi ramai yang tak pergi breakfast maybe sebab jauh kena naik kereta dari bilik masing2. boleh je nak berjalan kaki kalau korang gigih berjalan.


Dapatlah kami breakfast dengan tenang sambil menikmati pemandangan pokok2.



WiFi pon lajuuuu.:)


Roti. Ada jugak roti canai.



Cereal.



Fruits & porridge.



Special of the day! Pulut ikan masin. Ha yang ni tak pernah makan so I tried. Sedap jugak. Pulut makan dengan kelapa & ikan masin yang garing.



A cup of coffee is a must! Selain tu ada juga kuey teow.



Ada station telur. Mintak je dengan chef dapat telur panas2.


After breakfast bawak budak kecik ni pergi swimming.

Saturday, August 16, 2014

Dear Azalea Cafe

Selama ni hanya rajin stalk IG Dear Azalea & bila Dear Azalea baru bukak cafe haruslah berkobar2 nak datang. Can refer to their IG here.:)


Nak parking kat situ macam susah sikit but alhamdulillah after pusing 2x dapat parking dekat sangat dengan cafe. Sampai2 je cafe hujan terus turun selebat2nya. Memang bernasib baik sungguh, alhamdulillah.

Disambut dengan begitu ramah oleh owner cafe. Memandangkan hari gelap even baru dalam pukul 3 petang, she gave me this cute lamp nak bagi terang sikit katanya.;p


Here came first my hot cappuccino & brown sugar? My sister was on diet that day so alhamdulillah 'again' she didn't order anything even the delicious cupcake!. LOL.


And my Smoked Salmon Aglio Olio Spaghetti. Sedap tapi portion macam banyak sangat pulak for me. Sesuai la dengan harganya.


Sambil makan boleh membeli macam2 barang comel kat cafe ni.



Ada small section for kids so they can enjoy themselves.:D

Monday, April 21, 2014

Trip Kelantan - KL

Baru balik from Jalan-Jalan Cari Makan Zon Pantai Timur KL - Terengganu - Golok - Kelantan - KL. Nothing much to say pasal Golok sebab rasa macam nothing special.;p Pergi Terengganu naik Malindo Air sebab murah & balik KL naik keretapi sebab tu yang option paling murah jugak & yg penting memang tak pernah naik keretapi yang ada katil, kesian kan?

Tambang Kelantan - KL Sentral RM48 seorang so my husband and I (RM48 x 2). Fedora free la of course. Time kami naik tak berapa nak bernasib baik sebab cafe & kelas 1 tengah upgrade so tak dapatlah merasa duduk di kelas 1 (ada bilik) & tak merasa melepak di cafe. *nangis* Maybe next time ada rezeki insya-allah dapat merasa.

Actually kelas 2 pon dah ok sangat2 cuma kalau bawa baby tu macam kacau orang la sikit.;p Tapi what to do kan, bukan sengaja taknak ambil kelas 1. Btw ada 2 babies lagi dalam keretapi tapi kecik lagi . Fedora  jalan2 atas keretapi tak berhenti dari pukul 7ptg sampai 12malam baru nak tido. Me and my husband bergilir2 kejar dia atas keretapi, can u imagine?? Nasiblah ramai orang2 baik hati melayan jugak Fedora.

At first she was so excited tengok bergerak2 macam naik kereta. *Cuma bertahan begini beberapa ketika.*


Husband di atas (hanya bila Fedora dah tidur;p)
Ibu and Fedora di bawah. Sepatutnya kami semua di atas, sebelah menyebelah tapi ada hamba Allah baik hati bagi tukar dengan tempatnya supaya kami senang, alhamdulillah:)

Overall katil sangat selesa, aircond pon ok, toilet pon boleh tahan.

Nothing much to say about Kelantan sebab sangat sekejap je pergi.Isk3. Insya-allah next time boleh datang lagi. Tak puas shopping di Wakaf Baru & Pengkalan Kubor. Rantau Panjang pon tak pergi.


 
Selalu jumpa three layer tea/bandung. Kat KB Maill jumpa 4 layer jagung. Gula merah - susu dutch lady - jagung - vanilla ice cream.Nyumss! 3hengget je.


Berjodoh lagi jumpa Wardina. Kali ni di KB Mall. 


Shopping di Pengkalan Kubor. Tak dapat beli banyak memandangkan balik KL naik keretapi.:( Tak sanggup nak pikul banyak2. Kit Kat green tea tu wajib! RM19.90.

Friday, January 10, 2014

Toy story

2014 already?! Huu..time flies so fast. Banyak azam 2014 ni. Semoga dipermudahkan semuanya. Amin. Berbalik pada tajuk, every time kalau post my purchase kat IG mesti ada yg pm tanya harga etc. Nak share everything kat blog ni memang tak sempatlah, sorry. Kalau ikutkan hati memang nak share everything yang cheaper kat sini tapi jenuh la pulak kan nak snap pic satu2. Honestly sangat suka sebenarnya bila orang tanya cos I have reason to shop!Hihih.

One of the best things kat sini ada layby service. (I'm not sure la if kat Msia. if ada, anyone pls let me know layby service yang takde additional charge!) Contohnya kita dah aim nak beli toys tu harga 20 dollar tapi rasa kedekut pulak nak membeli sekaligus bayar 20 dollar.Eh macam cakap diri sendiri pulak kedekut.;p So kita bolehlah pilih option yang ada, macam bayar 5 dollar seminggu gitu. Hoi 20 dollar pon nak bayar sikit2 kan, dah kenapanya?! Contoh ye but seriously toy 20 dollar pon boleh bayar sikit2. No additional charge unless if more than 11 weeks kalau tak silap, ada service fee 5 dollar kalau tak silap jugak! Anyway baru tau ada service ni tapi tak pernah guna pon lagi setakat ni sebabnya kalau bayar sikit2 rasa leceh & takut tiba2 ubah fikiran rasa nyesal pulak beli ke. Hee.


1 lagi service yang ada ialah "Click and Collect". Guna service ni sebabnya pergi store takde so beli online, bayar & ambil je barang kat nearest store.Wuhuu. Service sangat efficient sebabnya once barang tu dah sampai ke store yang kita nak collect, siap dapat SMS lagi notify barang dah sampai & ready to collect.:) Time frame yang diorang bagi pon sangat tepat lah.*thumbs up*

"Mummy bought me so many toys!" *perasan*;p


Mega Blok yang dipesan. 1 sendiri rembat jugak even dah belikan Fedora yang pink sebab dah kat Msia katanya RM150, rasa rugi pulak kalau tak ambil 2 terus.;p