Saturday, January 17, 2015

Salon Du Cocolat, Quill City Mall

Lepas bawa anak ke Kidz Paradise, kita pergi isi perut dulu. Lepas reward anak, kenalah reward emak.;p Anak pon tak larat nak buat perangai sebab dah puas bermain. I decided to try Salon Du Cocolat since before datang dah google siap2 tempat makan yang best di sini supaya tak buang masa. I'm not sure mana yang buka dulu, Dip and Dip or Salon Du Cocolat but menunya memang almost the same (or memang sama?) So if anyone tak sempat merasa Dip and Dip bolehlah cuba Salon De Cocolat and vice versa. I have tried both so memang rasa lebih kurang. Ada yang kata Salon Du Cocolat is better. Masing2 punya taste.

What to order?


Rice crispies yang dipopularkan & diviralkan oleh Keknis pon ada.


I ordered Chocolate Crepe RM16.90 + a scoop of Strawberry Ice Cream (add RM3.50) Brownies crepe macam too much pulak untuk habiskan sorang2. Yang ni alhamdulillah habis makan.:D


Suasana memang selesa , tenang , bersih maklumlah hari biasa & Quill City Mall ni baru je dibuka so masih banyak lagi kedai yang belum dibuka maka tak ramailah lagi orang datang.


Thursday, January 15, 2015

Kidz Paradise Quill City Mall

Tak perlu susah2 bawa anak ke pantai untuk main pasir, (Last time we went to PD & Fedora got a sunburn!Aaaa!) now just pergi ke Kidz Paradise je. Ada 3 cawangan Kidz Paradise ni , The Mines, Klang Parade & paling baru Quill City Mall. Bila tahu Quill City Mall ada baru nak pergi ke situ sebab everyday kalau boleh memang nak buat aktiviti sosial untuk Fedora. Kalau duduk rumah je camne nak bersosial kan?

Pergi hari biasa banyak parking. Siap dapat parking for ladies, dekat pulak dengan pintu masuk.

For ladies only ye. Sila faham bahasa.;p


 
Before masuk main kat Kidz Paradise, kita change diaper dulu ye.;p Baby room masih bersih, maklumlah mall baru, tapi tak cukup besar macam di One Utama & Publika.


Dah masuk rupa2nya kat sini pon ada baby room. Baguslah, mudah untuk parents change diapers. Budak2 ni macam2 perangai. Kan ke susah if tengah main nak kena change diaper kat toilet luar. Maunya budak tu mengamuk.


Inilah motif ke sini. Nak main pasir. Not pasir actually. It's cassia seeds. Macam biji anggur rupanya. Tak melekat melekit, tak berbau. Feeling memang macam main pasir. Kelakar pulak ada dengar sorang ayah cakap kat anak dia, " Eh meh main kat sini! Orang bayar mahal nak main kar sini, bukan main mainan lain! Yang lain tempat lain pon ada." Hahaha. Btw rate weekdays per entry RM25, Weekend RM38! Sudahlah weekend ramai orang payah nak bermain, mahal pulak tu kan. Kesian ibu bapa yang bekerja weekdays:(

Banyak kebaikan Cassia seeds ni rupanya.


Mainan lain tak banyak kat sini if nak compare dengan Kidzoona.


Seronok melayan anak naik slide ni lagi2 tak ramai orang. Fedora really loves slide. 


Pool yang penuh dengan colourful balls. Baca di fb page Kidz Paradise diorang sanitize bola2 tu every week for hygiene purpose. Even masa nak masuk sini, budak2 & ibu bapa kena sanitize tangan (they provide hand sanitizer).

Pakai socks pon wajib. Nasib baik me & Fedora memang pakai socks. Kalau tak sila beli ye sebelum masuk. Lagi 1 ye parents2 sekalian, if bawak anak2 tempat begini silalah pastikan bajunya lengan panjang , seluar panjang & bersesuaian. Kalau terjatuh takdelah teruk.

Sent this pic to my MIL & dia kata kesian Fedora main sorang2. Sebenarnya ada je budak2 & bermain sekali but I didn't take pic of them together sebab tak semua parents ye suka pic anak2 mereka diambil oleh strangers. If di Aussie pon tak benarkan begitu sebenarnya. Sebab apa? Sila fikir sendiri.;p Takde motif pon kan nak sibuk ambil gambar anak orang lain yang kita pon tak kenal sesuka hati. That's why jugak why I put watermark on my daughter's pic;p

Monday, January 5, 2015

Repair iPad

Googled tempat repair iPad yang murah & decided nak pergi di Pertama Kompleks. Pergi hari Sabtu cuti Maulidur Rasul pulak, memang ramai ler orang.:(

Parked my car at Sogo cos I didn't know where else to park! Ok la jugak, sementara tunggu iPad siap boleh jalan2 kat Sogo.


Can be easily found kalau masuk ikut Food Court.


WAP IN TELESHOP 
Lot G88 Ground Floor
Pertama Complex
Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 KL

Contact: 012-2369916

Anyway banyak sangat kedai repair phone/iPad kat situ. Cuma kalau rajin jalan & compare harga lagi bagus. Malas nak buang masa, just pergi kat tempat yang ramai orang recommend.

Resit pon printed & very detail, senang nak refer apa2.

Repair screen: RM115
WiFi: RM20
LCD rubber: RM20
Reprogram (sebab iPad langsung tak boleh on): RM50
Screen protector (nak tukar baru) : RM20
Total damage: RM225 *nangis*

Thursday, January 1, 2015

Day 2: Review - Alia Business Residence Resort

2nd night kat Langkawi kami stay di Alia Business Residence pulak, hotel baru. Cantik, modern design, wifi ok boleh tahan & bilik kami menghadap ke pool. Rate masa cuti sekolah RM195.

1st night kami dinner di Medan Selera Nelayan, Bukit Malut sebab review kononnya sedap sangat & murah. Before tu ada jugak baca review jangan pergi restoran yang blogger2 ramai review sebab biasa memang sangat ramai orang. End up kami tunggu dalam 1 jam 30 minit ye untuk makanan sampai.:( Fedora dari behave elok je sampai nak mengamuk dah. Husband pon stress sebab nyamuk banyak gigit kaki dia.isk3 I always wear socks so takde masalah. Kerang bakar sampai pon dah tak panas sebab diorang kumpul semua order & hantar sekali. Keras sikit la jadinya kerang tuu.:(

So 2nd night tu we decided to book makanan kat hotel je. Malas nak keluar sebab rasa mesti ramai orang lagi2 malam tu ada bola Malaysia VS. Thailand. Tengok bola kat bilik hotel better kot. Ordered nasi goreng special je (RM14). Surprisingly sangat sedap ok! Hopefully next time orang lain order pon masih sedap jugak.;p




Next day turun breakfast around 8pm orang dah ramai sangat maklumlah cuti sekolah. Nasi goreng & mi goreng dah habis. After beberapa minit camtu diorang top up, cepatla jugak.


Macam biasa, bread & cereal section.


Drink section. I suka sangat mana2 hotel pakai coffee machine macam ni. senang sangat siap ada Mocha lagi.


Fruits section. Buah semua manis2 segar2. While muching food pon boleh sibuk nak cakap, "sedapnya nenas niii, manisnyaaa tembikai ni." lol


My fav bread pudding with custard pon ada.


Memandangkan kat dalam dah penuh, kami ambil seat di luar je sambil menikmati pool. Nasib baik cuaca sejuk2 je. Nampak bilik kami dari sini.:)


Sunday, December 21, 2014

A day at Kampung Tok Senik Resort

Teman husband kerja di Perlis last week so sambil2 berjalan kami buat last minute plan ke Langkawi since dah dekat sangat Kuala Perlis - Langkawi, around 45 minutes. Husband asked his staff untuk hantarkan kami ke feri so kami save $$$ parking di situ. Tambang feri RM18 per adult. Fedora still under 3yrs so still free lagi naik feri.:) Letak dia dalam stroller je, nasib baik dia behave 45 minutes diam2 dalam stroller. Nak bagi dia berjalan2 pon feri penuh ramai orang sebab cuti sekolah.

For the 1st night we stayed at Kampong Tok Senik Resort, rate RM150 per night. Recommended by husband's friend sekali dengan pakej kereta sewa MyVi RM100 per day. Surely hari biasa lebih murah. Biarpon macam2 cerita kononnya resort ni berhantu (err..) & pelik, alhamdulillah kami takde apa2 masalah sepanjang berada kat resort ni.

Kami dapat Rumah Arif. (Siapa ntah yang sangkut tuala pulak kat situ, pffttt.) Resort style chalet, ada 3 bilik berasingan. Bilik sebelah kami ramai pulak penghuninya siap ada budak kecik menangis & dengar suara ayahnya marah2. Hee. Nasib baik Fedora behave je tak buat hal pulak.


Siapa yang cintakan kedamaian suasana kampung & nak privacy sesuai la menginap kat resort ni. Bilik memang besar siap ada 2 extra tilam.


Katil pon luas lagi2 ada anak kecik tak perlu berhimpit.Hiks.


Bukak tingkap je nampak sawah padi!! Alhamdulillah bilik memang takde nyamuk langsung. Apapon ubat nyamuk dah disediakan oleh pihak resort tapi kami tak pasang pon.


Aircond mantap, ada hair dryer, iron, fridge & siap Astro sekali.


Suis jenis ni memang mengimbau kenangan rumah nenek yang lama dulu.:')



Pagi breakfast di Warong Tok Mat. Kami breakfast awal dalam pukul 8 pagi tapi ramai yang tak pergi breakfast maybe sebab jauh kena naik kereta dari bilik masing2. boleh je nak berjalan kaki kalau korang gigih berjalan.


Dapatlah kami breakfast dengan tenang sambil menikmati pemandangan pokok2.



WiFi pon lajuuuu.:)


Roti. Ada jugak roti canai.



Cereal.



Fruits & porridge.



Special of the day! Pulut ikan masin. Ha yang ni tak pernah makan so I tried. Sedap jugak. Pulut makan dengan kelapa & ikan masin yang garing.



A cup of coffee is a must! Selain tu ada juga kuey teow.



Ada station telur. Mintak je dengan chef dapat telur panas2.


After breakfast bawak budak kecik ni pergi swimming.

Saturday, August 16, 2014

Dear Azalea Cafe

Selama ni hanya rajin stalk IG Dear Azalea & bila Dear Azalea baru bukak cafe haruslah berkobar2 nak datang. Can refer to their IG here.:)


Nak parking kat situ macam susah sikit but alhamdulillah after pusing 2x dapat parking dekat sangat dengan cafe. Sampai2 je cafe hujan terus turun selebat2nya. Memang bernasib baik sungguh, alhamdulillah.

Disambut dengan begitu ramah oleh owner cafe. Memandangkan hari gelap even baru dalam pukul 3 petang, she gave me this cute lamp nak bagi terang sikit katanya.;p


Here came first my hot cappuccino & brown sugar? My sister was on diet that day so alhamdulillah 'again' she didn't order anything even the delicious cupcake!. LOL.


And my Smoked Salmon Aglio Olio Spaghetti. Sedap tapi portion macam banyak sangat pulak for me. Sesuai la dengan harganya.


Sambil makan boleh membeli macam2 barang comel kat cafe ni.



Ada small section for kids so they can enjoy themselves.:D

Monday, April 21, 2014

Trip Kelantan - KL

Baru balik from Jalan-Jalan Cari Makan Zon Pantai Timur KL - Terengganu - Golok - Kelantan - KL. Nothing much to say pasal Golok sebab rasa macam nothing special.;p Pergi Terengganu naik Malindo Air sebab murah & balik KL naik keretapi sebab tu yang option paling murah jugak & yg penting memang tak pernah naik keretapi yang ada katil, kesian kan?

Tambang Kelantan - KL Sentral RM48 seorang so my husband and I (RM48 x 2). Fedora free la of course. Time kami naik tak berapa nak bernasib baik sebab cafe & kelas 1 tengah upgrade so tak dapatlah merasa duduk di kelas 1 (ada bilik) & tak merasa melepak di cafe. *nangis* Maybe next time ada rezeki insya-allah dapat merasa.

Actually kelas 2 pon dah ok sangat2 cuma kalau bawa baby tu macam kacau orang la sikit.;p Tapi what to do kan, bukan sengaja taknak ambil kelas 1. Btw ada 2 babies lagi dalam keretapi tapi kecik lagi . Fedora  jalan2 atas keretapi tak berhenti dari pukul 7ptg sampai 12malam baru nak tido. Me and my husband bergilir2 kejar dia atas keretapi, can u imagine?? Nasiblah ramai orang2 baik hati melayan jugak Fedora.

At first she was so excited tengok bergerak2 macam naik kereta. *Cuma bertahan begini beberapa ketika.*


Husband di atas (hanya bila Fedora dah tidur;p)
Ibu and Fedora di bawah. Sepatutnya kami semua di atas, sebelah menyebelah tapi ada hamba Allah baik hati bagi tukar dengan tempatnya supaya kami senang, alhamdulillah:)

Overall katil sangat selesa, aircond pon ok, toilet pon boleh tahan.

Nothing much to say about Kelantan sebab sangat sekejap je pergi.Isk3. Insya-allah next time boleh datang lagi. Tak puas shopping di Wakaf Baru & Pengkalan Kubor. Rantau Panjang pon tak pergi.


 
Selalu jumpa three layer tea/bandung. Kat KB Maill jumpa 4 layer jagung. Gula merah - susu dutch lady - jagung - vanilla ice cream.Nyumss! 3hengget je.


Berjodoh lagi jumpa Wardina. Kali ni di KB Mall. 


Shopping di Pengkalan Kubor. Tak dapat beli banyak memandangkan balik KL naik keretapi.:( Tak sanggup nak pikul banyak2. Kit Kat green tea tu wajib! RM19.90.