Thursday, January 15, 2015

Kidz Paradise Quill City Mall

Tak perlu susah2 bawa anak ke pantai untuk main pasir, (Last time we went to PD & Fedora got a sunburn!Aaaa!) now just pergi ke Kidz Paradise je. Ada 3 cawangan Kidz Paradise ni , The Mines, Klang Parade & paling baru Quill City Mall. Bila tahu Quill City Mall ada baru nak pergi ke situ sebab everyday kalau boleh memang nak buat aktiviti sosial untuk Fedora. Kalau duduk rumah je camne nak bersosial kan?

Pergi hari biasa banyak parking. Siap dapat parking for ladies, dekat pulak dengan pintu masuk.

For ladies only ye. Sila faham bahasa.;p


 
Before masuk main kat Kidz Paradise, kita change diaper dulu ye.;p Baby room masih bersih, maklumlah mall baru, tapi tak cukup besar macam di One Utama & Publika.


Dah masuk rupa2nya kat sini pon ada baby room. Baguslah, mudah untuk parents change diapers. Budak2 ni macam2 perangai. Kan ke susah if tengah main nak kena change diaper kat toilet luar. Maunya budak tu mengamuk.


Inilah motif ke sini. Nak main pasir. Not pasir actually. It's cassia seeds. Macam biji anggur rupanya. Tak melekat melekit, tak berbau. Feeling memang macam main pasir. Kelakar pulak ada dengar sorang ayah cakap kat anak dia, " Eh meh main kat sini! Orang bayar mahal nak main kar sini, bukan main mainan lain! Yang lain tempat lain pon ada." Hahaha. Btw rate weekdays per entry RM25, Weekend RM38! Sudahlah weekend ramai orang payah nak bermain, mahal pulak tu kan. Kesian ibu bapa yang bekerja weekdays:(

Banyak kebaikan Cassia seeds ni rupanya.


Mainan lain tak banyak kat sini if nak compare dengan Kidzoona.


Seronok melayan anak naik slide ni lagi2 tak ramai orang. Fedora really loves slide. 


Pool yang penuh dengan colourful balls. Baca di fb page Kidz Paradise diorang sanitize bola2 tu every week for hygiene purpose. Even masa nak masuk sini, budak2 & ibu bapa kena sanitize tangan (they provide hand sanitizer).

Pakai socks pon wajib. Nasib baik me & Fedora memang pakai socks. Kalau tak sila beli ye sebelum masuk. Lagi 1 ye parents2 sekalian, if bawak anak2 tempat begini silalah pastikan bajunya lengan panjang , seluar panjang & bersesuaian. Kalau terjatuh takdelah teruk.

Sent this pic to my MIL & dia kata kesian Fedora main sorang2. Sebenarnya ada je budak2 & bermain sekali but I didn't take pic of them together sebab tak semua parents ye suka pic anak2 mereka diambil oleh strangers. If di Aussie pon tak benarkan begitu sebenarnya. Sebab apa? Sila fikir sendiri.;p Takde motif pon kan nak sibuk ambil gambar anak orang lain yang kita pon tak kenal sesuka hati. That's why jugak why I put watermark on my daughter's pic;p

No comments:

Post a Comment