Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Wednesday, February 18, 2015

Bustel Klebang

Dah lama plan nak ke Bustel Klebang ni. Nak merasa duduk hotel dalam bas. Maklumlah nak naik caravan mahal, kita duduk di sini jelah. When I told my sis about Bustel ni, dia ingatkan kokak2 bas buruk so memang macam tak menarik. Well dari luar memang nampak old school sebab guna bas lama. I whatsapp'ed' her some pics and she replied "Weh ok gilaa ni, boleh try!" Overall memang bersih , still nampak baru & sejuk aircond tiptop. No kepam baunye ye. Kecik comel macam hotel bajet. Rate biasa RM90, rate cuti RM120-RM130. Of course la pergi hari biasa sebab murah & tak sesak ramai orang. Even A Famosa pon lengang ye!

Ambil bilik yang ada Queen Bed. Selesa betul tidur. 


 Seronok tengok view di luar. Cermin luar gelap so ok je tarik blind tu sebab orang luar tak nampak dalam.

  
1 bas ada 2 bilik. Semuanya ada 32 bilik.


Orang reception pon sempoi peramah macam kawan2.:) Nak book sila whatsapp no di atas.


My peppermint aiskrim pasu. Fedora bangun pagi demam sikit so tak berapa ada mood dok diam je:(




Ada aiskrim pasu RM5, ada char kuey teow sedap!


View from my room (Air Molek) tengahari v.s pagi subuh.




Thursday, January 1, 2015

Day 2: Review - Alia Business Residence Resort

2nd night kat Langkawi kami stay di Alia Business Residence pulak, hotel baru. Cantik, modern design, wifi ok boleh tahan & bilik kami menghadap ke pool. Rate masa cuti sekolah RM195.

1st night kami dinner di Medan Selera Nelayan, Bukit Malut sebab review kononnya sedap sangat & murah. Before tu ada jugak baca review jangan pergi restoran yang blogger2 ramai review sebab biasa memang sangat ramai orang. End up kami tunggu dalam 1 jam 30 minit ye untuk makanan sampai.:( Fedora dari behave elok je sampai nak mengamuk dah. Husband pon stress sebab nyamuk banyak gigit kaki dia.isk3 I always wear socks so takde masalah. Kerang bakar sampai pon dah tak panas sebab diorang kumpul semua order & hantar sekali. Keras sikit la jadinya kerang tuu.:(

So 2nd night tu we decided to book makanan kat hotel je. Malas nak keluar sebab rasa mesti ramai orang lagi2 malam tu ada bola Malaysia VS. Thailand. Tengok bola kat bilik hotel better kot. Ordered nasi goreng special je (RM14). Surprisingly sangat sedap ok! Hopefully next time orang lain order pon masih sedap jugak.;p




Next day turun breakfast around 8pm orang dah ramai sangat maklumlah cuti sekolah. Nasi goreng & mi goreng dah habis. After beberapa minit camtu diorang top up, cepatla jugak.


Macam biasa, bread & cereal section.


Drink section. I suka sangat mana2 hotel pakai coffee machine macam ni. senang sangat siap ada Mocha lagi.


Fruits section. Buah semua manis2 segar2. While muching food pon boleh sibuk nak cakap, "sedapnya nenas niii, manisnyaaa tembikai ni." lol


My fav bread pudding with custard pon ada.


Memandangkan kat dalam dah penuh, kami ambil seat di luar je sambil menikmati pool. Nasib baik cuaca sejuk2 je. Nampak bilik kami dari sini.:)


Sunday, December 21, 2014

A day at Kampung Tok Senik Resort

Teman husband kerja di Perlis last week so sambil2 berjalan kami buat last minute plan ke Langkawi since dah dekat sangat Kuala Perlis - Langkawi, around 45 minutes. Husband asked his staff untuk hantarkan kami ke feri so kami save $$$ parking di situ. Tambang feri RM18 per adult. Fedora still under 3yrs so still free lagi naik feri.:) Letak dia dalam stroller je, nasib baik dia behave 45 minutes diam2 dalam stroller. Nak bagi dia berjalan2 pon feri penuh ramai orang sebab cuti sekolah.

For the 1st night we stayed at Kampong Tok Senik Resort, rate RM150 per night. Recommended by husband's friend sekali dengan pakej kereta sewa MyVi RM100 per day. Surely hari biasa lebih murah. Biarpon macam2 cerita kononnya resort ni berhantu (err..) & pelik, alhamdulillah kami takde apa2 masalah sepanjang berada kat resort ni.

Kami dapat Rumah Arif. (Siapa ntah yang sangkut tuala pulak kat situ, pffttt.) Resort style chalet, ada 3 bilik berasingan. Bilik sebelah kami ramai pulak penghuninya siap ada budak kecik menangis & dengar suara ayahnya marah2. Hee. Nasib baik Fedora behave je tak buat hal pulak.


Siapa yang cintakan kedamaian suasana kampung & nak privacy sesuai la menginap kat resort ni. Bilik memang besar siap ada 2 extra tilam.


Katil pon luas lagi2 ada anak kecik tak perlu berhimpit.Hiks.


Bukak tingkap je nampak sawah padi!! Alhamdulillah bilik memang takde nyamuk langsung. Apapon ubat nyamuk dah disediakan oleh pihak resort tapi kami tak pasang pon.


Aircond mantap, ada hair dryer, iron, fridge & siap Astro sekali.


Suis jenis ni memang mengimbau kenangan rumah nenek yang lama dulu.:')



Pagi breakfast di Warong Tok Mat. Kami breakfast awal dalam pukul 8 pagi tapi ramai yang tak pergi breakfast maybe sebab jauh kena naik kereta dari bilik masing2. boleh je nak berjalan kaki kalau korang gigih berjalan.


Dapatlah kami breakfast dengan tenang sambil menikmati pemandangan pokok2.



WiFi pon lajuuuu.:)


Roti. Ada jugak roti canai.



Cereal.



Fruits & porridge.



Special of the day! Pulut ikan masin. Ha yang ni tak pernah makan so I tried. Sedap jugak. Pulut makan dengan kelapa & ikan masin yang garing.



A cup of coffee is a must! Selain tu ada juga kuey teow.



Ada station telur. Mintak je dengan chef dapat telur panas2.


After breakfast bawak budak kecik ni pergi swimming.

Monday, April 21, 2014

Trip Kelantan - KL

Baru balik from Jalan-Jalan Cari Makan Zon Pantai Timur KL - Terengganu - Golok - Kelantan - KL. Nothing much to say pasal Golok sebab rasa macam nothing special.;p Pergi Terengganu naik Malindo Air sebab murah & balik KL naik keretapi sebab tu yang option paling murah jugak & yg penting memang tak pernah naik keretapi yang ada katil, kesian kan?

Tambang Kelantan - KL Sentral RM48 seorang so my husband and I (RM48 x 2). Fedora free la of course. Time kami naik tak berapa nak bernasib baik sebab cafe & kelas 1 tengah upgrade so tak dapatlah merasa duduk di kelas 1 (ada bilik) & tak merasa melepak di cafe. *nangis* Maybe next time ada rezeki insya-allah dapat merasa.

Actually kelas 2 pon dah ok sangat2 cuma kalau bawa baby tu macam kacau orang la sikit.;p Tapi what to do kan, bukan sengaja taknak ambil kelas 1. Btw ada 2 babies lagi dalam keretapi tapi kecik lagi . Fedora  jalan2 atas keretapi tak berhenti dari pukul 7ptg sampai 12malam baru nak tido. Me and my husband bergilir2 kejar dia atas keretapi, can u imagine?? Nasiblah ramai orang2 baik hati melayan jugak Fedora.

At first she was so excited tengok bergerak2 macam naik kereta. *Cuma bertahan begini beberapa ketika.*


Husband di atas (hanya bila Fedora dah tidur;p)
Ibu and Fedora di bawah. Sepatutnya kami semua di atas, sebelah menyebelah tapi ada hamba Allah baik hati bagi tukar dengan tempatnya supaya kami senang, alhamdulillah:)

Overall katil sangat selesa, aircond pon ok, toilet pon boleh tahan.

Nothing much to say about Kelantan sebab sangat sekejap je pergi.Isk3. Insya-allah next time boleh datang lagi. Tak puas shopping di Wakaf Baru & Pengkalan Kubor. Rantau Panjang pon tak pergi.


 
Selalu jumpa three layer tea/bandung. Kat KB Maill jumpa 4 layer jagung. Gula merah - susu dutch lady - jagung - vanilla ice cream.Nyumss! 3hengget je.


Berjodoh lagi jumpa Wardina. Kali ni di KB Mall. 


Shopping di Pengkalan Kubor. Tak dapat beli banyak memandangkan balik KL naik keretapi.:( Tak sanggup nak pikul banyak2. Kit Kat green tea tu wajib! RM19.90.

Thursday, August 15, 2013

Jalan-jalan cari makan:Zon Selatan

Phew.Baru balik dari travel Melaka-Muar-Batu Pahat-JB untuk makan2. Alahai miss part Melaka-Batu Pahat,( Melaka-ikan bakar ) , (Batu Pahat-Beriyani Gam) now nak update je cerita JB. Really miss JB!last time pergi honeymoon express after kawen;p Tak sempatlah pulak nak jalan2 ke JPO sebab dah penat sangat.Panas gilerr + well bawak baby sometimes memang mencabar.

Spent a night at Hotel Sentral JB, previously known as Hotel Naza Talyya. Diri sendiri confident sangat cakap kat husband hotel Naza Taniyya ye.Pfftt. Me myself memang suka sangat nama Tania tu sampai over confident pulak taip kat GPS Naza Taniyya.Kah3. Sampai2 hotel still under construction (maybe sebab tu dapat special rate?) sebab nak remove semua furniture from Naza katanya so yg kami dapat tu kiranya baru siaplah.Wuhuu.new furniture!

Bilik 1 katil takdela pulak so terpaksa la ambil 2 katil but itsokay sebab memang nak tinggal hotel yg sama even owner dah lain + katil tu boleh joinkan je. The only thing yg komplen kat kaunter masa nak check out is iron yg rosak sampai menyebabkan tudung kesayangan berlubang tak dapat diselamatkan lagi.Grrr.




And here's the reason why kami pergi JB. Mi rebus tulang legend. Mi rebus haji wahid kat Plaza Angsana tu 2nd fav! Makan mi ni memang hilang la kesopanan & kesusilaan tambah sambil makan Fedora tarik2 tudung pfftt but itsokay.;p


This is the restaurant. Sila terjah kalau ke JB ye. Next time agaknya dah anak 2 pulak baru dapat datang sini.Hee.

On the way back to KL, hari panas sangat sampai nak mengamuk rasa so berehat seketika for BR ice cream.


Sunday, December 9, 2012

Hello Malaysia

Alhamdulillah, we have safely arrived Malaysia yesterday. Phew, the journey was VERY challenging but we met many helpful and kind people everywhere who always wanted to offer help. Tak kira agama, bangsa mahupun warna kulit.Hee.

I never knew that we have to make a special request for bassinet in Air Asia flight! Sebab masa booking online takde tanya pon nak bassinet ke tak so I thought dah bayar extra for infant means kita akan dapat bassinet. So gila tak nak pegang je baby sepanjang 8 hours journey? Ok, ada orang lain in the same fight yang buat macam tu but I don't know la whether she knows about the bassinet or not, nak save $$$ ke apa.

So masa masuk flight I asked the stewardess about the bassinet and she felt sorry for me (selalunya stewardess I jumpa semua muka ketat cam malas layan, ngan foreigner kemain macam manisnyaaa;p)  & very helpful carikan 1 row yang kosong (flight penuh btw) so that I can have more space to put my baby on the seat.

She slept for 7hours! Very good girl!:')

Another stewardess namanya Azlizawati (wow ingat nama.;p) pulak really love to treat Fedora sebab katanya dia ada baby girl 7 months. I was like "Wah..sanggup tinggal baby nak fly jauh2 & dah slim melim youuu." Sentap sendiri still belum slim lagi.;p

Ok, some tips that I wanna share:
- Doa banyak2 minta Allah mudahkan perjalanan kita, doa baby kita sihat2 je & semoga Allah temukan kita dengan orang2 yg baik.:)
- You know when your baby will normally sleeps longer so kalau boleh book la tiket ikut waktu tidur dia.Like my baby, she always sleeps longer at night so I booked night ticket la.
- Pls ensure ada bassinet!
- If you need to travel alone, jangan segan2 minta tolong orang kalau rasa susah.Use your mouth!
- Masa flight ready to take off & nak landing, bf or feed your baby so baby tak bingit telinga ke apa. My baby alhamdulillah tak nangis during that time.:)
- Bring iPad etc to entertain your baby kalau baby bangun.
- Kalau baby meragam jugak after all things have done, bersabar jela & tebalkan muka ye.Hiks. Tula cabaran as a parent. Orang sekeliling insya-allah faham & if diorang tak faham tu maybe diorang takde anak or terlupa yg diorang pon dulu baby jugak!After all, that's the importance of applying tips no 1!

Saturday, February 18, 2012

Adelaide Zoo

We celebrated our 2nd anniversary in Adelaide Zoo.Pfftt. Actually memang takde plan pon nak ke mana since I've just finished my final exam & kami sibuk menyambut orang baru datang Adelaide. Husband got free tickets from SDA & ada SDA Family Zoo Day. Kalau tak, memang jangan haraplah nak pergi ye.;p Adelaide Zoo tak meriah pon macam Zoo Negara. Zoo Negara lagi meriah & macam2 ada. Seriously tak berbaloi rasanya kalau nak bayar masuk zoo ni.


There's a large section for panda tapi yang kelihatan hanyalah 2 ekor panda yang sedang tidur.:(


Some of the animals..


Kambing-kambing.


Hippopotamus.


Tapir.


Burung jambul. I can't remember its name.;p


Sea Lion.


The Zoo Shop.


Games for kids sempena SDA Family Zoo Day rasanya.


Got coupons to redeem free foods & drinks but of course la food tu tak halal so kami hanya minum soft drinks je.:(


Ehem. 24 weeks pregnant.;p