Showing posts with label Life Story. Show all posts
Showing posts with label Life Story. Show all posts

Sunday, August 25, 2013

Back to Adelaide

Safely arrived Adelaide on Friday morning (23/8) after macam2 dugaan nak balik. Fedora kena HFMD (will blog about it soon). Grr. Actually menyesal jugak bawak Fedora beraya sakan then sakit berjangkit ntah dari mana. Waa. Tak puas bercuti balik.Hopefully dapat balik lagi summer nanti. Air Asia kan dah ada so senang sikit nak balik.:D

Bought this stroller for $19.Sanggup beli baru pagi2 meredah Big W time hari nak balik sebab malas nak angkut stroller dia yg besar tu. Pakai umbrella stroller ni ha senang nak travel cumanya kalau dia nak tidur tu memang tak selesa la.


Got business class punya kit for free masa nak turun flight. Well rasanya steward tu nak ambik hati kitorang lettew yg sakit hati tak dapat bassinet even dah call request ok. Lepas ni rasa macam nak rakam je bila call MAS. Stress melampau.Flight dah la penuh tak dapat seat depan pulak.Can you imagine how to handle an infant dengan seat biasa? Kacau org depan belakang ok. Nasib baiklah Fedora sangat behave. Tidur terus once flight dah take off.:')



Stress hilang kejap once keluar airport sebab cuaca sangat best. Sejuk selesa even pakai baju selapis.Alhamdulillah.:)

Sunday, July 28, 2013

Unofficially graduated

Alhamdulillah, my childhood dream has come true. Cita2 nak grad oversea dah tercapai.:'D Master pon masterlah. Panjang betul nama program, double master's degree la katanya but kalau org tanya cakap Master IT sudah. Satu hal pulak nak sebut & kalau sebut pon org tu macamlah tahu & kesah.;p Managed to finish my master within 2yrs. Ada jugak yg tanya, kenapa master coursework sampai 2yrs? Ok, bukan extend ye, 2yrs tu sebab double master's degree.Memang durationnya begitu.


Convocation ceremony will be held on 29th August but haven't decided yet nak pergi ke tak sebab takde siapa nak datang.Isk3. Apapun now rasa sangat legaaa dah habis after macam2 dugaan sepanjang buat master ni.Sangat macam2.Sweet memory pulak sepanjang master ni haruslah memory pergi kelas time pregnant sampai esok nak beranak pon masih pergi uni drive sendiri.Hiks.Nasib tak sakit or nak beranak kat uni.

Memory final exam time bulan puasa.Ada ke exam start petang sampai nak ke isyak?Buka puasa jawab soalan exam.Pfftt.Haruslah jawab cepat2 nak keluar awal sebab nak buka puasa.;p Belum lagi memory pergi kelas time raya.Sedih betul. But this year insya-allah tak sedih. Raya Malaysia dengan dah grad.Yahoooooo!!!:')

Road to PhD pulak.Very soon, insya-Allah.

Saturday, July 13, 2013

New ride

Husband just bought a 'new' car. Yes si putih lagi.Hee.I always kept complaining about our Mirage yg 2 pintu. I had trouble nak letak Fedora dalam car seat, berusaha gigihlah but Fedora suka naik kereta so ok jugaklah dia tak mengamuk sementara nak tunggu mak dia terhegeh2 adjust dia dalam car seat.Hee.

Now I need to learn driving a wagon pulak haa. Nervous takut accident lagi.I had an accident with our old Mirage. I was so stressed at uni pastu nampak lampu nak merah pergi speeding (ingat Msia kot ;p) and bumped into other car + dapat saman 464dollar kerana langgar lampu merah.*nangis* I'm so kedekut lalu pergi ke court mintak bayar saman secara installment 40dollar sebulan.Hiks. Kononnya takdela terasa sangat rugi nak kena bayar.;p Now baru je bayar 80dollar.Kih3. The weird thing is kereta yg dilanggar tu taknak berhenti so I don't need to claim anything from insurance. Taktaulah kenapa the driver taknak berhenti even I stopped my car. Either driver tu takde lesen or dia pon terkejut kena langgar lalu berlalu pergi begitu sahaja,entahlah.

Husband kata ," ok kalau taknak bawak Legnum ni, gi bawak van gi uni."
I replied,"Hello,tak style langsung ok pergi uni bawak van."Ok, I know I'm so gedix.~_~
Husband: "Eh nak style2 pulak."
Me:" " Eh ingat dia sorang je tau nak style2 nak naik MAS je orang ajak naik Air Asia tak nak kata Air Asia tak style lahh..";p

"Hi Legnum, be good to me ok!":)

Friday, August 24, 2012

Raya 2012

Fiuhh..life has been so busy since dah start class + MIL dah balik Msia. Raya this year nasiblah jatuh on weekend so takyah ponteng kelas.;p Tak buat preparation apa pon (no lemang, no rendang, no nasi impit etc) for raya but baju raya je yang ada. Tu pon beli online via Facebook & my family kat Msia poskan.Raya theme for this year is gold/yellow+purple!


My baju raya.
Really love this jubah.No cutting + fits me so well except the length. Nak buat camne nasiblah kan tak berapa nak tinggi.;p Lucky ada kawan kat Adelaide ni pandai jahit tolong alter kan for free!:') Bukan 1 tapi 3 jubah/dresses yang dia tolong alter.*Terharu*


Tak terfikir pon nak belikan Fedora baju kurung since tak pernah jumpa pon online but my sis did surprise me dengan poskan baju kurung for her.Again, terharu! Hehe. Yeah memang besar baju kurungnya but I alter sendiri buat jahit sementara. Rasanya raya tahun depan pon Fedora still muat baju kurung ni.Teehee. Alhamdulillah Fedora behave,no muntah on her baju dari pagi raya sampai malam!


Same as last year, sempat pergi gathering Malaysian postgrads students after visiting 2 houses.Even beraya kat Aussie, rezeki Fedora murah dapat duit raya 320 dollar.*Triple terharu*


We don't have any proper picture for raya since mood Fedora tak baik sangat. I woke her up pagi2 mandikan dia sebab nak pergi beraya & dia pon tak dapat nak tidur dengan environment yang tak selesa.*sobs*

Anyway, selamat hari raya!

Saturday, August 4, 2012

26 years

I'm 26 years old today. Thank you Allah!
I'm a mother of a daughter. At my age, my mom had 2 kids!
I'm studying master's degree.
I'm struggling to become a superwoman. I know I'm far from superwoman.~_~
I become more appreciate time & my parents!:')
I miss being pregnant.Eh?;p


Left: Fedora Right:Mommy

Saturday, June 30, 2012

The Birth Story


Ok, baby dah genap sebulan baru nak publish.This is for you to remember..my dear child Fedora Erayna.

29 Mei 2012 (Selasa)

39 weeks  1 day.Pergi uni macam biasa sebab ada discussion+class. Drive manual lagi sorang2 dari rumah ke uni sebab badan sihat rasa macam biasa except perut yang besar & makin dekat dengan stereng.Huhu.*Bahaya ni jangan ikut!* So nak jauhkan perut dengan stereng tu kena letak bantal bawah punggung baru nampak depan nak drive & kaki dapat tekan clutch.Hehe.Nasib badanla tak berapa nak tinggi. Balik uni pergi melawat baby Aus Thaqeef sebab dah lama plan nak melawat tapi asyik delay je sebab busy.Takut terberanak tak sempat pulak melawat, tekad nak pergi jugak.Alhamdulillah sempat melawat sebelum terberanak sebab expect memang paling cepat 4 jun kot beranak.

30 Mei 2012 (Rabu)

39 weeks 2 day.Pagi dah siap2 nak pergi uni setelkan 2 more assignments (konon tak nak apply extension, cukuplah exam je nak defer.;p).Dah start rasa macam period pain tapi biasa2 je. Niat nak pegi uni terbantut sebab husband ajak pergi makan luar sedap2 sebelum terberanak  katanya(eh, macam tau2 plak esok tu memang terberanak). So tengahari pergi makan kat luar puas2 dengan banyaknya sampai baby gerak banyak sangat sampai rasa nak senyum je sorang2.Tak sangka tu last menghayati detik2 manis Fedora menari2 dalam perut.(Ya Allah, sumpah rindu gerak2 tu once dia dah keluar ..rasa perut erk!!!) On the way nak balik rumah, mintak husband singgah beli susu Pura sebab perut ni kalau minum susu Pura memang akan buang ‘air ‘dengan jayanya memandangkan perut ni dah sarat pregnant, nak buang ‘air’ masalah sikit.;p Syukur dah minum susu Pura sebab esoknya memang terberanak takdela terberak!(Again, macam tau2 pulak esok memang nak terberanak). Bila malam nak tidur tiba2 sakit perut pulak..And dah start rasa memang sakit perut nak terberanak ni.Dalam hati, “Ha, sahlah ni yg org panggil contraction..” sebab sakitnya ada sela masa.Kejap sakit,kejap hilang. Sakitnya ya allah, orang dah beranak jela yg tau.Tak boleh nak berdiri tegak dah, baring serba tak kena. Even dah rasa sangat yg tu contraction, malas nak bagitau MIL sebab takut tiba2 false labour so menahan jela sakit sampai tak tahan cakap dengan husband,”Esok kalau sakit tak hilang nak pergi hospital tau, tak tahan dah ni..” At the same time try jugak curi2 tidur sebab takut esok memang nak beranak takde energy. Bila contraction, husband try urut2 belakang ngan perut bagi kurang sakit. Allahuakbar je yg boleh nak sebut.Sometimes bila dah tak tahan, keluar jugaklah bunyi2 yg tak sepatutnya tapi husband bising “eh org islam mana ada bunyi macam2…mengucap banyak2.”erk.  Setiapkali contraction tengkuk rasa panas sangat. Adelaide yg sejuk dah tak rasa sejuk langsung dah.Tidur selimut tolak tepi.

31 Mei 2012 (Khamis) The Day!

Menahan sakit  1 malam sampai Subuh nak habis pon tak sedar. Husband pulak mengantuk layan wife yg sakit. MIL ketuk pintu bilik kejut bangun. Solat duduk jela sebab berdiri pon tak betul+tak larat.Lepas tu mandi siap2 nak pergi hospital. Sempat call mak kat Malaysia suruh doakan sebab dah sakit rasa nak beranak. Told husband,”Doa2 la beranak harini jugak, dah tak tahan dah ni..Mampos la kalau nak tahan sakit lagi 1 hari pulak..” Hospital dekat je tapi rasa jauh pulak sebab dah sakit+memang jam sikit cos time org nak pergi kerja . Sampai je hospital, kena buat VE (Vaginal Examination) untuk check berapa bukaan serviks,Kalau kurang 3cm, doctor suruh balik sebab maybe lambat lagi nak beranak. I was like ,”Erk, ya allah janganlah baru bukak 3cm, terukla 1 malam punya sakit baru 3cm pastu kena balik rumah pulak ke tahan sakit?!” Check punya check doctor kata dah dilate 6-7cm.Ya Allah leganya dengar sebab tak sabar dah nak beranak.Orang kata VE tu sakit but for me tak sakit pon sebab yang penting jangan ‘menahan’/keraskan otot masa doktor nak seluk, rilekskan je kaki+ badan.Rilekskan bukaan 'tututut' jugak.(Orang dah kawen rasanya patut tau how to relax it.Kihkihkih;p) One more thing, alhamdulillah Allah dah makbulkan doaku setiapkali lepas solat,”Mintak2la sepanjang proses bersalin ni (dari seluk, jahit sampai dah beranak) semua staff perempuan yg buat” Teehee, Tak sanggup la nak mengangkang kat depan laki lain pastu laki sendiri ada kat sebelah pulak.:( Yup, kat hospital memang  boleh request staff perempuan yg buat but if emergency case takde staff perempuan, terpaksa la staff laki yg buat, tu yg pihak hospital pon dah bagitau.Ok sambung..Lepas kena seluk, kena tunggula sampai bukak 10cm baru boleh push& at the same time kena tunggu labour room kosong sebab hospital penuh.Takde rezeki jugak nak waterbirth sebab penuh jugak.Redha jela..Alhamdulillah tak lama lepas tu labour room ada kosong (otherwise kena beranak kat assessment room yang kurang selesa) so midwife pon tolak dengan wheelchair ke labour room.Nervous memang takde.All I know is nak cepat2 keluarkan baby sebab tak tahan.

Nak tunggu bukak ke 10cm pon agak ambat jugak.Midwife suruh buat decision nak pecahkan air ketuban ke tak sebab nak cepatkan proses bersalin.Mula2 konpius jugak nak decide (apsal ntah) &memikirkan tak larat la tahan contraction so suruh pecahkan jela.Lepas pecah, still tak rasa nak beranak.Contraction pulak tiba2 rasa macam makin jauh gap dia sampai rasa mengantuk sangat!(malamnye kan tak cukup tidur menahan sakit).Husband and MIL sampai tertidur ok tunggu nak push tu (dalam hati time tu macam,”Hey, tergamaknya tidur pulak time org sakit!”Kui3) sebab memang kejap2 je rasa nak push.push sikit pastu mengantuk giler.LOL.lepas lama jugak tunggu, midwife check semula baby& seluk untuk rasa kepala.midwife suruh ubah posisi nak deliver memandangkan baring terlentang tak rasa sangat pon nak push.at the same time rasanya kepala baby senget sket camtula so kena mengiring.midwife Tanya nak mengiring ke kiri ke kanan so ku pilih kanan la afdal (konon).once mengiring ke kanan sambil pegang tangan husband & katil, kaki sebelah kiri kena angkat tinggi (can u imagine that?) memang rasa nak push sangat3 bila contraction datang.alhamdulillah rasa kejap je nak push tu.once midwife kata kepala baby dah nak keluar, tula peak paling sakit beranak kot!rasa macam ambil api cucuh kat situ (erk) so memang push habis2an sebab nak cepat2 habis sakit tu,push je tak tunggu dah contraction.huhu.

and Allahhuakbar!at 2.16pm lahirlah Fedora Erayna Bt Ahmad Aliff.I cried!Fedora keluar2 je nangis kuatnya oi & bukak mata tengok mak dia.:’)Once keluar midwife terus letak dia yg berdarah2 tu atas riba.The feeling is indescribable.Tak terhingga rasa syukur pada Allah atas baby yang sempurna sifatnya & menjadikanku seorang ibu.Listen world, I’m a mother!

Ok, I hate part dijahit!Ok,orang kata jahit beranak tak sakit but I don’t know why rasa sakitnya sampai meleleh2 air mata.  Padahal masa contraction & push menahan sakit takde pon sampai meleleh2 airmata. Rasa nak sepak je muka doktor yg menjahit  tu.Teehee. Husband cakap “tahan sikit..”.Sumpah terasa jarum&benang tu bergerak2 even kena bius.Erk.After kena jahit, midwife macam suruh cepat2 if nak mandi etc sebab ada orang nak masuk labour room so kami kena transfer ke post natal ward. Busynya oi hospital kat city ni..Husband temankan nak mandi sebab tak larat la kot nak mandi sendiri.Dalam bilik air tiba2 pitam & rebah ke lantai but nasib baik husband sempat  tahan/sambut kalau tak mampos kot jahitan terbukak!.Ok, first time rasa camne tu pitam.Memang tak perasan pon nak terjatuh, tau2 je dah terduduk kat lantai bilik air dengan mata yang macam ngantuk sangat.After mandi, kami pon bersiap2 & pindah ke post natal ward.mummy & Fedora 2 malam menghabiskan masa berdua kat wad sebab hospital tak bagi husband or siapa2 temankan.Allahuakbar!untuk 1st time mummy like me memang sangat mencabar ,menguji keimanan, kesabaran & rasa nak nangis sebab Fedora asyik nangis je mummy taktau nak buat apa sangat+ badan tak larat sebab baru deliver+susah nak gerak sebab dipasangkan tiub untuk kencing+ heavy bleeding lagi so macam kerap nak ke toilet. Alhamdulillah ada midwife baik hati ambilkan Fedora kejap untuk mummy tidur.Dapatlah tidur dalam 4 jam camtu.Walaupun mummy buruk sangka rasa cam “Betul ke midwife ni nak jaga Fedora yang menangis sakan tu ke cubit2 Fedora or bagi ubat tidur sampai senyap dah budak tu..”Huhu.Sampai camtu sekali risau tapi nak taknak bagi jugakla sebab memang dah tak larat sangat3 nak jenguk Fedora kat sebelah katil. Now I know how a mother feels. Sayangnya anak sampai risau bukan2..Ok, I think that’s enough.That’s my birth story.Sorry ayat berterabur.I know I’m not a good writer but I really want to write this story for me to remember and for Fedora to know one fine day.Thank you Allah.

Wednesday, April 18, 2012

Being apart again

Lusa husband akan fly ke UK for 2 weeks without me yang berperut makin besar & struggle nak siapkan assignment.*sobs*. I think I weigh about 58-60kg now (33 weeks!) . Alhamdulillah rasanya sihat2 je melainkan perut yang besar + sometimes rasa kurang selesa.Still feeling better than my 1st trimester. I guess 33 weeks maybe still early kot untuk rasa lebih macam2 lagi.

I hate being apart!:'( Planning to sleepover kat rumah kawan2 yang bujang yang dekat dengan rumah & dah ajak kawan datang teman kat rumah. Tak berani tinggal sorang2 dengan perut yg makin besar ni. Siang pulak makin pendek since winter dah makin dekat.Nervous.Nervous dengan cuaca yang makin sejuk. Nervous dengan due date yang makin dekat since I'm expecting a winter baby!

I feel so glad dah beli barang baby awal2 sebab 2-3 weeks ni malas nak fikir pasal barang baby (Even macam semua yang penting dah ada.;p) sebab banyak assignments nak kena fikir. Setengah baju dah pre-wash but malas pulak nak lipat. I love folding clothes tapi baju baby ni kiut miut sangat la malas nak lipat, rasa susah.~_~

Still thinking nak pesan apa kat husband selain Avent iQ Bottle and Baby Food Warmer  .Told husband nak jenis ni, bukan Avent warmer yang lain & since barang-barang lain dah kumpul Avent, yang lain taknak!;p

My MIL akan sampai ke Adelaide on 8 May sekali dengan my husband yang akan transit kat Malaysia. Ok, I have to clean up my house! Actually dah start kemas sikit2 since last few weeks.lol.

Tuesday, September 20, 2011

Teaching Break

Teaching break has been started since last Monday (19/9/11) and it means that I've completed one-eighth (1/8) of my master. OK, actually saya apply program untuk 1.5years tapi uni offer program untuk 2years which is for double masters. I thought I would apply to change it after 1 semester tapi my sponsor dah tulis tak boleh change course as stated in the letter.Huwaa!! Who cares whether you have a double master's degree or not?;p But then fikir balik, belajar jelah dah orang nak sponsor.Hmm..

5 more weeks of lecture and then will sit for the Final Exam! Lucky me ada 2 papers je sem ni yang ada final exam.:D Tak pergi mana pon kot during 2 weeks break ni.Duduk rumah tidur, bangun, masak & makan dengan tenang + kemas rumah + kilatkan dapur lebih bermakna.Poor kitchen needs my attention.Isk.I wonder how working women manage their time? I bet they don't cook lunch, even dinner kot.Jaga anak 24/7 apatah lagi.Housewives are cool kan?Dulu masa kecik jealous gila sapa2 mak yang housewife then pandai macam2 sampai baju sekolah anak pon mereka jahit.Isk. But still no one compares our own mum kan? Thank youu mak!Thank you Acik Ani, my 2nd mum who cooked me lunch during weekdays.Thank you my MIL who raised my husband.Thank you Allah for giving me these three beautiful people!

Gone through this blog yang amazing but tak sure blogger housewife or working woman.Kalau working woman memang salute gila kena rajinkan diri agar hebat berbakat.;p

Btw, I will volunteer myself for Festival of Innovation this Sunday at my uni.Rajin?Not so rajin tapi rajin nak dapat PR.Teehee.;p Ananthi asked me whether saya akan pakai volunteer Tshirt (it's a short sleeve t-shirt) during that day & I said yes but with my own way,:D OK, will blog about it later insya-Allah.

Enough babbling.

Thursday, August 11, 2011

Classmates

This week has been a hectic week. I guess it will be the same for another few weeks. Raya?! Phew~~ rasanya tiada dalam kepala at this moment & takde dalam kamus for this year.Yeah, sounds pathetic but I'm still happy cos at least bila busy kurang sikit rasa nak balik Malaysia. I have class on 2nd Hari Raya + due date semua beratur masa raya.*clap2* I never thought doing Master sesibuk sekarang. Enroll 4 courses je kot for 1 semester (1 of them is online courses) tapi beban rasa macam enroll 6 courses untuk undergraduate.~_~

Ok, back to the topic - classmates. Most of them are Chinese & Indians. Sometimes I feel like studying in Malaysia, not in Adelaide. Only few of them are Aussies & kalau ada pon jangan harap ye nak friendly or tegur unless if diorang takde kawan nak work in group. My close friend now is Ananthi and I think she'll be the only one that I always work with throughout my Master. We share some similarities - 25 y.o, married & love cooking but now we don't have enough time for it.;p I mean memasak dengan bahagia & tenang. Yang lain, tiada persamaan ye.;p

The worst thing is, there were classmates asking me silly questions."Are you Muslim?" " Are you Indian?" Arrrgghh.Tengok tudung & hidung pon dah tau.Kecik hati ok.

Friday, July 8, 2011

Officially



Pray for me to graduate with flying colours.
Pray for me so that I can be a HARDWORKING student.
I wish I met good friends as good as Wani & Siti when it comes to group assignment soon.Ok, now I miss you both!:'(
Doakan semangat2 awal itu bukan semangat-hangat2-tahi-ayam.

I'll be attending the Welcome Week on next Monday!

Tuesday, July 5, 2011

Hospital Appointment

Woke up early this morning to get ready for hospital appointment at Royal Adelaide Hospital.So hard to leave my bed!!Yeah,tidur lepas subuh memang membahagiakan..especially time winter.Astaghfirullahal'azim!

Being a good wife,(wek!) I went to the hospital by myself sebabnya bukan sakit pon..bagi chance kat Encik Husband yang penat bekerja rilex even I envy him sleeping!If pregnancy check-up confirm dia kena goncang kuat2 sampai bangun.;p

Here is the place..Level 5,Emergency Block.



Surgical specialties outpatients department.The department was so quiet.Tak macam department lain, ramai orang.



Surgical department.That sounds scary.I've been wondering jugak kenapa ye surgical department as stated in the letter.Padahal bukan ada kena surgery pon. Curious till now tapi bukanlah diri saya kalau benda2 penting macam tu terfikir nak tanya kat doktor.~_~ I googled what "surgery" means and I think I've got the answer.(kot!)

Surgery - Such treatment, as performed by a surgeon

Met the same female doctor.(I think she's a surgeon..)She said everything is ok based on macam2-test-yang-dahkena-buat-sampai-saya taktau-nak-sebut-namanya-apa.;p I asked her several questions that concerns me a lot.She convinced me that everything is ok & I don't have to worry..yet.Fine.At least everything looks ok & I feel healthy but hopefully semuanya kan baik2 sahaja.Amin!



عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ
Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya: Sihat dan kelapangan." (Riwayat al-Bukhari)
Terasa dengan hadis tersebut sebabnya masa sakit tak henti2 rasa nak berzikir, masa sihat even lapang pon tak teringat langsung nak berzikir.:'( It makes me feel like 'baik sakit dari sihat.'Isk3.

Sunday, June 19, 2011

Hello World

Haish~~dah lama tak update sampai taktau dah where to start.Sedikit update about my life.

1. 5th generation of SBP/MRSM students in the family.;p

My lil bro, Faris dah masuk MRSM Tun Ghazali Shafie, (previously known as MRSM Kuala Lipis) a week ago.You can read more about it here; at my sister's blog.Hi Atin, Kak Ida is promoting your blog!;p

Ceh, bukan nak cerita pasal adik yang masuk asrama.Tapi nak cerita pasal makhluk haiwan yang paling saya sayang dah kurang penjaga.Sobs.:'(Faris loves Olen so much, maybe as much as I do? Sepanjang saya kat Aussie, dia yang tolong bersihkan sangkar etc.Now terpaksa mintak tolong siapa2 lagi yang tinggal di rumah.Lucky ada my beloved aunt yang rajin mandikan Olen.My aunt is one of pencinta kucing.SANGAT.May Allah bless you!!:') Ececeh..My sisters, Alia & Fatin, thanks to both of you too.Pls rajin2kan tengok2kan Olen Lillahi Ta'ala ye.;)

2. End of the holidays feeling

Aiyoo..I have only about a month untuk relax2 before going back to school!Harapnya dengan ini banyaklah cerita2 menarik tentang student life dari cerita jalan2, beli barang & masak2.Menarik ke student life?~_~ Hehe.Btw, I'm 25 this year so banyak komitmen lain yang dah kena start fikir.(You know what I mean?Scary!!~~)

3. Royal Adelaide Hospital

Alhamdulillah, badan dah rasa sihat sepenuhnya selepas keluar hospital but I still need to attend a hospital appointment next month.Gila rasa macam orang tua kena pergi hospital. Keluar hospital haritu bersemangat waja nak amalkan pemakanan sihat macam kat hospital & taknak makan nasi selepas mendapat ceramah free dari dietitian yang gemukk!~_~.

Kat hospital pulak terpaksa mintak menu "Vegetarian" cos tak sure langsung daging tu halal ke tak.Ouh lucky me, I love vegetables!!The best thing is setiap hari kat hospital dapat kertas untuk 'tick' menu apa yang kita nak.Boleh customize main course, dessert & drinks.So, every time waktu makan memang bersemangat even tengah sakit & kadang2 tak larat nak habiskan.That's whylah sakit masuk ICU pon berat tak turun masa nurse timbang.Fine.:(

Baked potato.


Cold mixed vegetable salad.My favourite!!:D


Cheese-telur-apa-ntah-lupa-nama.


Omelette.


P/S - Nak start buat menu2 healthy food banyak2 seperti di atas!Vegetarian menus look so easy to prepare kan?

Sunday, June 5, 2011

Quickie Update

Reasons why I haven't updated this blog;
1. I've been sick for the past 2 weeks.22/5 - 4/6.
2. Admitted in ICU for 2 days; 29/5-31/5
3. Admitted to the normal ward; 31/5 - 4/6.
4. 5/6: My beloved parents are coming from Malaysia!!!~~~:D

P.S: Sometimes I miss being in the hospital.Rindu nurse yang cun2,baik hati & sangat supportive.:'(

Tuesday, March 8, 2011

Cerita Malaysia

Fuh~~dah berhabuk blog ni since balik Malaysia.Sorryla yeah..life is not so interesting sangat pon untuk cerita since I've been busy dengan online business especially Malaysia Corelle Store.Online pon check emails & FB.Chatting dengan Encik Husband pon kurangg..;p Alhamdulillah 40 sets (and still counting.:)) CORELLE & Noritake dah terjual.Busy ke sana sini jumpa customer, pos barang & ada masa jumpa kawan2.That's it.:) This week macam dah relax.Yeay!

Now I own a "company".Ceh.;p


Banyak lagi "Things To Do in Malaysia" yang masih pending.Bab2 makan pon still banyak yang pending.Actually bab2 makan konon nak tunggu Encik Husband balik Malaysia nak ajak sekali.;p Baru makan Subway,merasa KFC Krush Bar & Ice Room (Thanks Wani!!~).Char Kuey Teow Mali's, The Apartment, Fullhouse, Delicious etc belom!.

Cakap pasal makan,last weekend ajak my sis Fatin pergi Great Eastern Mall semata2 nak mencari Macarons & Red Velvet!Lildaisy Cuppycakes buat charity booth kat sana.


Tuesday, January 4, 2011

2011

Phew~~sedikit malas mahu berblog memandangkan baru berpindah.Sibuk mengangkut,mengemas barang,mencuci,menyental etc.Encik Husband bagi saya 1 desktop sebab saya asyik curi guna desktop dia je.;p Malas nak guna laptop sendiri sebab laptop saya kecik comel tak best nak main game.;p So, my pictures are everywhere, camera, husband's desktop & my laptop.Bingung mana 1 nak update.Cerita Melbourne pon tak habis lagi, to be continued later bila rajin.

Dah masuk hari ke-4 pon dalam 2011.Tak rasa apa2 pon masuk tahun baru sebab saya suka 2010.Sangat suka & sentiasa berharap agar umur saya 24tahun sepanjang hayat..(MEMANGLAH BERANGAN!) 2010, I'll be missing you!:'(

Selain Allah dan mati, benda yang saya paling takut dalam hidup ni ialah being old.Seriously, almost setiap hari terdetik kat hati,"Eeee..takutnya nak jadi tua." Tapi bila memikirkan now dah ada orang yang akan teman tua bersama2 saya (Amin!) perasaan tu hilang/kurang.Esoknya terdetik lagi "Eeee..takutnya nak jadi tua."(~_~)

Maka, salah 1 azam baru saya pada tahun ini ialah mula memakai anti-aging product.:D Olay pon sarankan wanita mula memakai anti-aging product umur 25 tahun.Ceh, takdelah berharap dengan memakai anti aging product kulit tegang sampai umur 60 tahun.At least, jangan nampak tua sebelum usia.Heh.

2011 is a great start untuk my ex-rumet@MRSM, Nadrah yang telah bertunang pada 1/1/11 yang lepas.Khabarnya nak kahwin on 11/11/11.Isk.Isk.Macam susah je nak balik Msia bulan 11.Bulan 12 okla kot.Apapun we'll see.Insya-Allah.



I hope that 2011 will be a great year for me too.Amin.

Sunday, November 14, 2010

My Baby

This is my 1st time writing about my baby here.For those who really know me, you know much I love 'her'.Tau saya sanggup bermati-matian,sanggup berhabis etc.Thanks so much to my family & all my friends yang terpaksa kena pasrah je dengan cinta saya kepada makhluk ni.Thank you muah3x.:') Hanya Allah dapat membalas jasa baik korang. I know that not everyone likes cat.Abang saya tak suka, emak saya tak tahan bulu.Gaduh mengamok sampai 1 taman? *exaggerate* Dah tak terkira.:'(Lebih2 dengan my youngest sis.



Perkembangan Olen ('her' name),dia masih single mingle even dulu saya pernah cakap nak kawen sama2 dengan dia.Erk.I mean, saya kawen dia pon saya nak kawenkan jugak.Tapi tak jugak kawen2.Why?Susah sebab saya duduk dengan family yang bukan semua suka kucing.Nanti beranak pinak (bau semua apa lagi) sian pulak anak2 kucing tu.

Olen now dimandikan dengan baik oleh makcik saya yang jaga saya dari kecik selain emak (I owe her so many things yang mungkin Allah sahaja dapat balas) yang juga suka kucing & punya banyak kucing. Dijaga setiap hari oleh adik lelaki saya yang juga sangat suka kucing.Dia yang volunteer nak jaga Olen dengan takdenya saya.Now dia dah habis PMR sibuk nak masuk MRSM (insyaallah, may your wish come true) , saya dah pening kepala.:'( Pls jangan tanya why tak bawak datang Aussie. If I had all the money in this world, benda pertama yang saya akan buat ialah bawak baby saya ke mana je saya berada.Tak payah webcam2.

One of the reasons nak balik M'sia kejap next year setelkan hal makluk haiwan paling saya sayang ni.Reason ke-2 nak setelkan barang2 shipping for my customers or else seperti biasa kakak & adik saya yang kena setelkan wrapping/tagging/postage tengah bulan Januari nanti.;p

P/S Anyone nak pesan barang from Aussie let me know before 1/12 ni yeah.Nak pesan almari pon boleh asalkan bukan koala,kanggaru,gajah,kucing dan seumpamanya.Soft toys or fridge magnet binatang boleh.;p

P/S/S - It seems like I can't attend my ex-housemate's wedding on next month.Isk.:'(

Tuesday, August 24, 2010

My name is..


This is what happen when you put your child's name too long.;p (Kat negara omputih jela kot.) Sometimes they put my name as Noor Sharudin.LOL.(My dad will accidentally think that the letter is his if he were here.)

Besides,some people here can't pronounce my name correctly.(Padahal kat Malaysia my name is one of the common names) For my convenience & others too, I prefer to introduce myself as Hida.(dengar international sikit.;p ) Sakit telinga dengar orang salah sebut nama kita bila sebut nama penuh2.


"So your name is Hida.Do you know that in English we have Hilda as a girl's name?"
"Yes, I know that."

Based on my own experience, I think I'll put my child's name short, simple, meaningful and 'sounds international'.Padahal nama yang saya suka tu panjang & kurang 'international'

Anyway, I'm sure that there are a lot of issues about people's name which is you or people around you might as well face it.(similar name, wrong spelling, wrong pronunciation, being humiliated, etc ):)

Friday, August 20, 2010

Ramadhan Progress

Hi everyone,
How's your Ramadhan so far?saya baru nak masuk juzuk 2 dah raya.;p Thanks Allah for giving me strength to wake up early (without fail,harapnya sampai ke hujung Ramadhan..eh2 sampai bila2.;p) ,prepare for sahur & wake him up.

Sini siang makin panjang,maknanya waktu imsak makin awal dan waktu berbuka makin lambat.Dengan itu makin nak raya, waktu kena berpuasa semakin lama.:'(But still, Ramadhan kali ini winter,alhamdulillah.:)

I bet kat Malaysia dah start pasang lagu raya (ke belum?) I have no feeling for Hari Raya (yet), since the environment here is just as same as non-fasting month.(except if you go to Tarawih prayer at mosque.)Masya-allah, kagum luasnya Islam macam2 warna kulit,bangsa,bahasa,gaya tudung ada, feels like having a prayer at UIA.hehe.

-went to any shopping mall or supermarket jumpa sana sini orang makan.
-turn on the tv takde iklan nak bukak puasa or rancangan buat kuih raya.
-bazar ramadhan?nak shopping baju raya macam kat jalan TAR?sila jangan berangan!semalam 1st day jumpa kurma kat sini rasa macam nak nangis.;p
-tension bukak fb berlambak tag baju/kuih raya.
-kad raya?takde dijual di supermarket or mana2.(maaflah tak dapat nak bagi.)buat sendiri,malas.;p

Btw,it has been a looong time since I played on Polyvore (even log in to my Polyvore's account!) This is my set for last year's Ramadhan.



and..remember this awesome abaya that I've bought last year from Miss Abaya?Cis, tak kuasalah orang nak ingat!



I've never worn it!pakailah raya nanti.tehee.

Sunday, August 15, 2010

G'day, mate!

Random things about my life in Adelaide:

1. I take a shower once a day in the morning/afternoon (during winter)*Tak busuk ok!Sebab tak peluh pon.

2. I rarely drive since I needed to learn how to drive an auto car.and it's a wagon!My first time driving auto was Wani's car.*Reti bawak tapi kekok.Hopefully balik Msia nanti kaki kiri saya masih 'hidup'.

3. I take too much time on grocery shopping even I've made a shopping list.*Untuk pastikan 100% confirm HALAL.:)Habis semua brand dibelek.

4. You know how much I love cats?Cats are nowhere to be seen here.:(*Kat tepi jalan nak pegang/tenyeh/kutip memang takde.Nak pergi beli dekat Pet Shop or ebay (exaggerate)

5. Lotions, moisturizer and lip balm are my best friends.My skin and lips will become rough without them.

6. I don't watch Aussie news but at least I know who Julia Gillard is.;p Ok.I read Yahoo Australia news and I watched Dancing With The Stars (kat Malaysia versi Sehati Berdansa) yesterday.

7. I found that Athan software is very useful.

8. I always bring my reusable shopping bag since you won't get any free plastic bag while shopping here.*Except sesetengah barang basah.

9. Milo/nescafe are not as tasteful as in Msia.*Even nampak sama je packaging.Lain rasanya.Telan sajalah lama2 sedap aje.;p

10. It's so hard to find hot chilli sauce here.(Macam sos Life kat Msia.Ke sini memang takde?)You can only find sweet chilli sauce.Nasib baiklah lidah saya suka sos ala thai

11. I've learned how to be familiar with this thing:


Kalau kat Msia dulu sanggup tahan *** nak cari toilet cangkung.;p


P/S - G'day, mate: Aussie slang for Hello, friend!~~