Friday, September 10, 2010

1 Hari Di Hari Raya

Kunci jam kononnya nak bangun pukul 5.(sebab subuh masuk dalam pukul 5.01 camtu).Tup2 pukul 6 baru terjaga (sebab tadi alarm bunyi tutup balik,tarik selimut!) Alhamdulillah dapat pon bangun, mandi sunat Hari Raya & bersiap ke Masjid Khaleel.

On my way to Masjid Khaleel.Hitam lagi?Yeah, sesetengah orang mesti rasa saya ini boring.;P


Kami sampai kat Masjid Khaleel dalam pukul 8.Ya allah, kereta sesak ok,parking dah penuh so terpaksalah parking jauh sikit.Bulan puasa pon tak penuh camni.Dari jauh dah kedengaran takbir raya.Ye,lain sekali takbir orang Aussie ni.Tak mendayu2 macam kat Malaysia tapi saya tetap suka takbir versi Malaysia.Apapun, bendanya sama je kan.Cuma bunyi je dengar lain kat telinga untuk 1st timer macam saya.

Bahagian perempuan ada 2 sempena raya ni.Untuk golongan mak2 yang datang bawak anak2 kecil, mereka kena duduk bawah.So bersyukurlah seketika saya yang masih 'single' ni dapat solat kat tingkat atas.

Pic ni diambil masa lepas tarawih bulan Ramadhan


Ni masa 1st raya.


If kat M'sia tengok bahagian perempuan majoriti putih je.(sebab pakai telekung).Kat sini pakai telekung itu rare.Ada yang pakai,ada yang tak.(tertakhluk pada individu) as long as aurat tu dah tertutup dengan sempurna untuk solat.Paling musykil ada yang solat dengan rambut terkeluar2 dengan banyak.(jangan ikut ye kawan2 fesyen solat yang ini.mazhab apa tu?)

Mula2 datang tu memang takde tempat ok untuk saya duduk.Berdiri la saya sambil mata melilau cari kawan2 perempuan yang saya kenal ada ke tak.Kemudian alhamdulillah ada makcik baik hati bagi saya ruang untuk duduk sementara tunggu solat nak mula.

Khutbah disampaikan dalam bahasa arab,Pasang jela telinga even tak faham.sambil mata melilau tengok fesyen2 baju yg menarik hatiBagus jugak saya tak jumpa kawan2 saya masa ni, if tak sure saya dah start pokpek macam jemaah lain.Isk.

Lepas setel semua, kami pergi ke taman di mana geng2 Malaysia berkumpul,bawak makanan masing.*Mi kari,nasi himpit,kuah kacang,rendang,kuih&macam2 lagi(Sori takde pics makanan sebab saya dah tak sabar nak makan sampai lupa.;p)



Sesi bergambar


Pulang ke rumah,telefon family di Msia (Muahsx3) dan lepas Zuhur tido tak ingat dunia.Isk3.Oh ye, saya ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN" kepada semua.

P/S - Next entry: Malaysian Carnival.

No comments:

Post a Comment